Thursday, November 25, 2010

bestie :: zizos

salam...

i love my besties hell lot!!!!!!!!!! one of them is ZIZOS!! well people known him as FIZI.. I proudly named him ZIZOS..kdg2 ARIZOS la..dia redha aja...oooo ya..i forgot to tell u..my bestie is A GUY (ka boy) ahahahah..we've been friends since form 2..

we love gossiping our schoolmates and celebs too..hehehee..i can share my happiness and sadness with him..no worries..my hubby knows about it..whenever we talked tru phone or "ym"ing, suami i tau..hehehe..

we always laugh out loud x kirala dia kat opis ka mana ka..ahahahahaha..ada saja benda buat kami gelak besaq!trust me..dua2 org gila merapu!dulu before i got married spent our lunchies and dinner several times together..i always tagged aja aswad along..so kami always bertiga!makan2 sana..makan2 sini..

lepas kawin kami masih bersahabat baik!cuma masing2 busy dgn routine masing2..sorang dah jadik mak yg bajet hot..sorang lagik dah jadik bapak kepada anak2 kucing,kdg2 anak2 arnab yg bulu lebat gila. tp keep in touch tru phone (call terus opis..i slambe bajet zizos ni GM..bleh sembang suka hati at anytime convenient to me!ahahaha) and YM..

i just want to congratulate him for  finally get his dream job!!!i am so pround and jeles tahap gaban  of u..semoga tahun 2011 membuka lembaran baru for u zi!may Allah bless u always!

purchase or not to purchase

being a woman (ka girl eh aku ni?) I love shopping..smua makhluk wanita suka shopping kann??toksah dok muhong la klu kata x suka..shopping ni kdg2 x semestinya kena p beli beg tangan LV or Hermes purse yg i gila tu. mcm I yg jobless-notsodesperatehousewife-masterstudent-hotmama ni, i shop kat kedai2 murah jek..online lagik la i gila!huhu..best!masyyuuuukkk!!!klu dah itu yg mampu..ehehehehe...janji bila pakai lawa..kang ada org2 sewel bising plak..minum kinohimitsu boleh..tp beli keta x boleh..tehee...

yesterday i went to tempat jatuh lagikan di kenang.inikan pula tempat bermain Alamanda.. i found sooooooo many gorgeous dresses in several strores..MCM NAK GILA DOK TRY..LAST2 SATU PUN XBELI!ya ampun..sgt drooling...uwaaa....uwaaa....oooo i have valid reason for that!sigh!


my facial cleanser,toner,cream and mask are all finished!dah lebih 2weeks plak tu..when the time comes (bila smua benda abih serentak) i have to cut my budget at certain area like shopping for myself..slalunya benda2 ni x akan abih serentak coz i slalu akan stockup 2 weeks before dia abih..now padan muka!uwaaa....

but still.....the dresses yg i try smuanya yg AUUUWWWWW bila i tgk cermin dlm fitting room..(perasan sorg2 dlm fitting room okies??).dah tu..cm mana niiii....rasa nak jek ku korbankan duit skincare ke arah baju2 ituuuu....d**n!

tp klu beli baju ...i plak stress sorg2 kat umah ..dok bebel kulit naik itu ini...muka pucat lesu la hapa la..siap mogok xmau dok dekat benda2 teknology yg boleh mengambil gambar a.k.a camera...ahahahaha...poyo..i know!

perempuan mmg kalah bab2 shopping and kecantikan kan?????haih!rasa mcm nak tukar skincare ler pulakss...sementara smua benda dah abih ni la i should try something new..betui x?i used to go to vaanis several times for my facial treatment and hair removal..u should try it!awesomeeeeeee okies!!!!!!but currently I don't spend a lot on my needs.. for sarah semua benda aku sanggup!ahaks!tp kena la jugak jaga kecantikan kan??bukan apa utk suami jugak!(sib baik ada alasan nak abihkan duit ke arah kecantikan!lega mak ni nyah!)

so tommorow i'll decide whether to buy or not to buy the dresses (dah plural la pulak!i ingat nak beli smua kaler...ada 3 kaler..the cutting is sooooo perfect!buat i nampak seeellllliiiiiimmmm giler!itu sgt penting!muahahaahahaha!)..i'll will also decide wether to change or not to change my skin care..sigh! kang bila dah tukar menyesal pulak!

Wednesday, November 24, 2010

rezeki itu datang dari Allah...

buat renungan dan pedoman kita semua..insyaAllah

from www.hannan.com

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

sarah :: at her 6&7 months old

my darling sarah salih is verrrryyyy active nowadays..alhamdulillah...syukur Allah bagi kesihatan yg semourna pada dia..Thanx Allah for that...

i rasa proses dia membesar ni agak cepat since at her 6 mons dia dah bleh berdiri..pegang2 benda,then berdiri..merangkak tu mmg laju amat la..sejak dok dlm walker mmg la semakin menjadi2 lajunya..heheehhe..ooo..btw,sarah dah experienced walker ni sejak dia lewat 4mons dulu..i mmg xsuka sgt dia dok dlm walker..tp dah pengasuh dia letak,so i diamkan aje lah..kang komplen byk2,dia xmau jaga anak i,cm mana???i tau dia sgt berpengalaman jaga baby..i give my amanah to her and dia sgt baik..so i xkisah la sgt..even dia buaikan sarah dlm buaian pun i ok ja..xdak la kecoh cm certain mothers kan????

may be sbb tu jugak la kot sarah ni dah laju nak berjalan...skg dia dah 7mons..montel amat! hehehehe..oooo...muahhh!!muah!!!lasak toksah cerita la u!haih...buah hati pengarang jantung ni!dah tumbuh gigi..2 batang..seronok tgk gigi2 kenit dia yg comey tu...dia xnak main mainan..nak main benda2 yg bukan mainan..mcm kotak tisu,kotak ubat gigi,mineral bottle,kunci rumah,HANDPHONE AND REMOTE CONTROL tu adalah her BEST FRIEND now!xleh wat apa dah..agaknya babies easily get bored kot eh ngn mainan depa..xpa..smua tu memberi peluang pada depa kenal benda baru right?

i perasan something pasal sarah yg i amazed. dia akan terkesima bila dengar azan..adakah smua baby cm tu??dia akan dia and tgk tv dgn full attention.mainan tu dia xnmpak dah.. kagumkan kuasa Allah..kita kan hmbNya..baby kan xleh bercakap..may be they see what we can't see during azan kot..i train sarah to understand that, at particular of time mommy and daddy akan solat sesama. my hubby akan letak dia kat rocker, dekat dengat tmpat kami solat..mula2 dulu i risau..now alhamdulillah..dia seolah2 tau and paham mommy and daddy dia sedang jalankan tanggungjawab yg serius pada Maha Esa..

some more about her.. dia sgt suka p playground..playground umah i pun kenit ja..everyday pas amik dia dari umah ibu (the pengasuh) i terus ke playground tunggu my hubby balik..sarah main jongkang jongkit.dia suka sgt..kami ada bwk dia p taman2 berdekatan ngn rumah..best jugak..dia respond sgt baik!gooooooooooooood girl!







sarah khadijah..mommy and daddy sgt sayangkan kamu..semoga kamu menjadi anak yg soleh, hamba Allah yg bertaqwa dunia dan akhirat..amin

kawan

kawan......i rasa ramai org rasa mereka ada KAWAN yg hebat,baik,kekal and lama..i learnt a lot from this word.. persahabatan...kadang2..kita xperlu kenal org tu terlalu lama pun kita dah tau dia baik ke tidak..am i right..kdg2 kawan yg kita kenal berkurun pun belum tentu baik..siap dengki ada..ahahaah...

i am so lucky..to be true..mmg kwn baik datang and pergi..but their memories remained forever...hebat kan??i found soooo many friends sejak umur 27tahun ni...ada mcm2 jenis...


1) berkawan sbb nak menunjuk
ha!yg ni mmg la bersepah...asal kawan ngn kita ja sbb nak tayang barang..asal nak jumpa ja tayang barang...walaupun kita x mcm tu,tp klu dah lama2 kita pun dah ada perangai buruk mcm tu..ya la kan??setakat ada beg tangan guess pun nak berlawan...ahahaha..susah la gini...klu kita xnmpak, purse siap bwk keluaq dari beg lagik..ahahahahaha...letak atas meja..punya pulun..ahahaha...x matang..

2)berkawan sbb nak berlagak
funny!i believe everyone penah jumpa makhluk cm ni...contohnya, si A tny kat si B ni..."kat mana tempat kelas and best nak makan2 eh?"...si B ni dgn ikhlas hati pun bgtau la "cuba try marche..best"..then bila si A ni p marche,si A xtau cm mana nak order and what not...call la si B ni..si B ni terang la itu ini...alih2, si A ni p cerita kat si K yg dia dok p makan kat marche la..itu la ..ini la.. dia plak tunjuk terer..padahal awal2 habuk pun xtau...

3)berkawan sbb susah
ramai org yg klu sedih dia carik kwn tertentu ja...kwn yg dia sorak gembira smua dia x carik..alih2 kwn yg dia x ingat la dia carik..kawan cm ni mmg patut xpayah wat kawan..serious...

4)berkawan sbb dia lebih dari kita
ada org plak dia kawan ngn kita sbb kita ni miskin..x kaya cm dia..tp klu kita kaya dia dah xmau kawan..ahahhahahahaha.....lawak kannn?????

5)dulu berkawan sekarang berlawan
YG NI PALING BANYAK...dulu konon kawan baik..tp...hanya Allah yg tau...asyikkkkk nak berlawannnn ja...dah tu slalu auta..depan org lain ckp lain..depan kita ckp lain..pulak dah...kita call x angkat,tp time dia nak mintak tolong call bertalu2 pun kita angkat..bila kita tny pasaipa x angkat, busy la,hp silent la..(mcm la kita ni keldai)

6)berkawan depan org,mengumpat belakang orang
ahahaahahha..yg ni smua org TAU kn?????i paling xsuka isu ni..klu dah kawan x payah la dok ngata kot belakang..last2 kan sampai jugak kat telinga kawan kita tu...abih,nak salahkan sapa?????ayoooo!



TAPI

ada kawan yg sanggup susah payah sama2 dgn kita..harungi susah senang dgn kita..i am blessed to have them in my life..


thank u sooooo much for never letting me down..slalu sgt bg support dalam apa jua yg aku buat..thanx sbb jaga rahsia kita dgn baik..hehehe..aku xkan jumpa kawan mcm hmp smua...sgt setia n ikhlas..sgt supportive and sentiasa ada utk aku bila aku perlukan someone utk bercerita.....


I AM BLESSED TO HAVE U GUYS..
ALHAMDULILLAH...

style :: less is more

salam ladiessssssssssssssssss....


                                                       mommy with sleepy darling sarah


I AM NOT A FASHIONISTA darlingsss... but i love fashion sooooo much! I always make fashion trends work for me. it is not that i wear everything that others wear, but it's according to my liking la jugak kan...i admit that sometimes yes, I AM A FASHION VICTIM!heheheehe...influenced by other fashionista.. hehehe..

last nite we went to dine out at alamanda..i wore simple black and white mini dress that i bought long time ago in alor setar, rm55..so worth it..i love the ruffles and satin black ribbon at the front of the dress..i matched it with black jacket that i bought for rm45 in UIA. the devilish red long pashmina rm 10 breaks the monotony of the overall look..

ya..ya..i know..nothing special about the look..but I love iT (perasan!) teheee...~~~